Photo of
Photo of
Photo of

6D4N Melbourne, Australia

Muslim tour

Terokai bandar Melbourne yang meriah, menaiki trem ikonik, melawat Great Ocean Road, merasai hidupan liar di Phillip Island, menikmati membeli-belah dan berehat dengan hari percuma atau percutian bersalji di Mount Buller.

Itinerary

 Berkumpul di KLIA untuk urusan daftar masuk sebelum penerbangan berlepas ke Melbourne. Setibanya di Lapangan Terbang Melbourne, bertolak ke bandar dan menikmati pengalaman menaiki Melbourne Tram. Lawatan diteruskan ke Bourke Street Mall untuk melihat suasana bandar yang meriah, kemudian ke Royal Arcade, sebuah arked beli-belah antik yang berusia ratusan tahun dengan seni bina klasik dan hiasan berwarna-warni. Seterusnya, melawat Shrine of Remembrance, tugu peringatan Perang Dunia Pertama dan Kedua. Check-in hotel dan berehat. 


 Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Phillip Island. Melawat Maru Koalas & Animals Park untuk melihat haiwan asli Australia dengan lebih dekat. Singgah di Jeti San Remo untuk bergambar dan makan tengah hari. [Musim Panas sahaja] Lawatan diteruskan ke Churchill Island Heritage Farm bagi melihat kehidupan ladang bersejarah. Kemudian ke The Nobbies Centre untuk menikmati pemandangan laut yang indah. [Selain Musim Panas] Lawatan ke Penguin Parade bagi menyaksikan perarakan penguin pulang ke sarang. Pulang ke hotel di Melbourne. 

 Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan lawatan ke Great Ocean Road, salah satu laluan pantai tercantik di dunia. Singgah di Anglesea River dan bergambar di Memorial Arch. Lawatan diteruskan ke Kennett River untuk melihat burung liar Australia dan koala di habitat semula jadi. Makan tengah hari di Apollo Bay sebelum melawat 12 Apostles untuk menikmati pemandangan menakjubkan Lautan Selatan. 

 Sarapan pagi di hotel sebelum membeli-belah di Queen Victoria Market untuk cenderahati tempatan. Seterusnya, ke Direct Factory Outlet (DFO) bagi membeli barangan berjenama dengan harga menarik. Masa selebihnya adalah Free & Easy. [Musim Sejuk] Lawatan hari ini akan digantikan dengan lawatan ke Mount Buller Ski Resort untuk aktiviti bermain salji. 

 Sarapan pagi, daftar keluar hotel dan bertolak ke Lapangan Terbang Melbourne untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Tamat lawatan. 

Note: The itinerary provided is for reference only. We reserve the right to change, alter, or modify the schedule, activities, weather considerations, and traffic arrangements as necessary. Actual arrangements may vary based on availability and other factors, with equivalent or similar alternatives provided to ensure a seamless experience.

Price per person

Min

Package includes

  • Private Transportation

  • Mount Buller entrance fees

  • Return chairlift ticket (for sight-seeing)

  • Tour Guide

Package excludes

  • Aktiviti pilihan (Tambahan)

  • Lunch and dinner

  • Peralatan ski / snow board

Similar packages

Instant confirmation
Company
Legal
© 2026 Al Masyhur International Travel & Tours Sdn Bhd (251186-K) - All rights reserved