Photo of
Photo of
Photo of
Photo of
Photo of
Photo of
Photo of
Photo of

5H4M Bangkok & Kanchanaburi, Thailand

Muslim 🌙

Pakej ini unik dengan gabungan pelayaran Chao Phraya, pasar rel dan terapung ikonik, pengalaman Death Railway, Safari Park interaktif, serta pasar malam meriah. Setiap hari penuh dengan aktiviti berwarna-warni, budaya tempatan, dan pemandangan menakjubkan yang mengujakan.

Airline
Air Asia

Itinerary

Day 1
D

 Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Bangkok. Setibanya di Bangkok, peserta akan memulakan lawatan bandar dengan pelayaran menyusuri Sungai Chao Phraya menggunakan Chao Phraya River Tourist Boat. Perkhidmatan bot ini berhenti di beberapa jeti utama, membolehkan pengunjung meneroka tarikan menarik seperti Wat Arun. Melawat Icon Siam, merupakan pusat membeli-belah yang menampilkan pelbagai jenama mewah antarabangsa serta jenama tempatan. Nikmati keindahan panorama Bangkok dari sungai sebelum daftar masuk ke hotel. Bermalam di Bangkok. 

Bertolak ke Ratchaburi dan melawat Pasar Rel Kereta Api Maeklong, sebuah pasar unik di mana para peniaga berniaga di sepanjang landasan kereta api dan akan segera menarik kembali barangan mereka setiap kali kereta api melintas. Lawatan diteruskan ke Pasar Terapung Damnoen Saduak, pasar terapung tertua dan paling terkenal di Thailand yang telah wujud sejak abad ke-18. Pengunjung berpeluang menaiki sampan kayu tradisional dan menikmati suasana pasar yang penuh warna-warni di sepanjang terusan. Perjalanan diteruskan ke Kanchanaburi, di mana peserta akan merasai pengalaman berjalan di Skywalk Sungai Kwai, sebuah jambatan kaca setinggi 12-meter dan sepanjang 150-meter yang merentasi pertemuan tiga sungai. Luangkan masa bebas anda di JJ Local Night Market, pasar malam popular yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan tempatan, barangan kecantikan, pakaian dan aksesori elektronik dengan harga berpatutan.  Nikmati pemandangan yang menakjubkan sebelum daftar masuk ke hotel. Bermalam di Kanchanaburi.


Day 3
B / L / D

Hari ini bermula dengan lawatan ke Stesen Kereta Api Death Railway, lokasi bersejarah yang menempatkan Jambatan Sungai Kwai. Laluan kereta api ini dibina semasa Perang Dunia Kedua dan dikenali sebagai Death Railway kerana ribuan buruh paksa terkorban semasa pembinaannya. Seterusnya, peserta akan singgah di Pokok Hujan Besar (Giant Monkey Pod Tree), sebatang pokok berusia lebih 100 tahun dengan lilitan batang yang memerlukan sepuluh orang dewasa untuk mengelilinginya. Kemudian, peserta akan merasai pengalaman menaiki Kereta Api Klasik, yang menyusuri laluan Death Railway sambil menikmati pemandangan indah Sungai Kwai dan perbukitan di sekitarnya. Alami keunikan Safari Park Kanchanaburi di mana pengunjung akan menaiki kenderaan khas untuk meneroka kawasan safari dan melihat haiwan liar secara dekat. Nikmati pertunjukan menghiburkan seperti persembahan gajah dan buaya, serta peluang memberi makan dan bergambar bersama haiwan yang jinak.  Bermalam di Kanchanaburi.

Day 4
B / L / D

Pagi ini,  lawatan diteruskan ke Kilang Permata, di mana peserta boleh melihat dan membeli koleksi batu permata yang menawan. Kemudian, peserta akan dibawa ke Kedai Herba & Kesihatan Erawadee, sebuah kilang perubatan herba terkenal yang menghasilkan produk semula jadi 100%, serta mendapat pengiktirafan daripada keluarga diraja Thailand. Pelbagai produk kesihatan dan kecantikan boleh didapati di sini. Nikmati Muslim Night Market menawarkan pelbagai pilihan makanan halal, pakaian, aksesori dan barangan rumah bergaya, menjadikannya destinasi beli-belah yang ideal untuk para pengunjung Muslim. Bermalam di Bangkok.

Sebelum berlepas pulang, peserta akan  melawat Ladang Lebah memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari tentang kehidupan lebah dan proses penghasilan madu, serta membeli pelbagai produk berasaskan madu yang segar dan berkualiti. Mengunjungi Kedai Makanan Kering Bow Tip Thai untuk membeli pelbagai makanan tempatan sebagai cenderamata. Seterusnya, luangkan masa membeli-belah di kawasan Pratunam dan Platinum Mall, destinasi wajib bagi penggemar fesyen dengan pelbagai pilihan pakaian bergaya pada harga borong dan runcit yang murah dan menarik.  Akhirnya, peserta akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Selamat tiba di KLIA Terminal 1 dengan kenangan indah sepanjang perjalanan di Bangkok, Ratchaburi, dan Kanchanaburi.

Note: The itinerary provided is for reference only. We reserve the right to change, alter, or modify the schedule, activities, weather considerations, and traffic arrangements as necessary. Actual arrangements may vary based on availability and other factors, with equivalent or similar alternatives provided to ensure a seamless experience.

Price per person

DateAdultAdult (single room)ChildrenChildren without bedInfantAvailability
05 Sept 2025RM 2,290RM 2,790RM 2,176RM 2,061RM 450
18 Sept 2025RM 2,490RM 2,990RM 2,366RM 2,241RM 450
04 Oct 2025RM 2,290RM 2,790RM 2,176RM 2,061RM 450
15 Oct 2025RM 2,590RM 3,090RM 2,461RM 2,331RM 450
07 Nov 2025RM 2,290RM 2,790RM 2,176RM 2,061RM 450
12 Nov 2025RM 2,590RM 3,090RM 2,461RM 2,331RM 450
14 Nov 2025RM 2,290RM 2,790RM 2,176RM 2,061RM 450
26 Nov 2025RM 2,590RM 3,090RM 2,461RM 2,331RM 450
07 Dec 2025RM 2,290RM 2,790RM 2,176RM 2,061RM 450
07 Jan 2026RM 2,290RM 2,790RM 2,176RM 2,061RM 450
04 Feb 2026RM 2,290RM 2,790RM 2,176RM 2,061RM 450

Package includes

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan

  • Penginapan hotel 3 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar

  • Sarapan pagi di hotel,makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara

  • Pengangkutan sampan di Damnoen Saduak Floating Market

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

Package excludes

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan,puncak dan cuti sekolah

  • Servis tambahan di hotel seperti snek,mini bar,dobi dan porter

  • Makan minum,tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan dalam aturcara program dan pakej termasuk

Accommodation

Bangkok

The Seasons Huamark

3 stars

Kanchanaburi

R.S. Kanchanaburi

3 stars

Note: Accommodation shown is for reference only. Actual or similar accommodation may be provided based on availability.

Carriers

DepartureArrivalModeTimeDay
DepartureArrival
Kuala LumpurDong MueangAir Asia08:2009:301
Dong Mueang Kuala Lumpur Air Asia16:0019:205

Note: Flight details shown are for reference only. Actual or similar flights may be provided based on availability.

Similar packages

Instant confirmation
Company
Legal
© 2025 Al Masyhur International Travel & Tours Sdn Bhd (251186-K) - All rights reserved