Photo of
Photo of
Photo of
Photo of

4H3M Jelajah Indonesia: Ranah Minang

Melawat Bukit Tinggi, Tasik Maninjau, Istana Pagaruyung dan Pasar Atas sambil menikmati budaya Minangkabau autentik.

Airline
Air Asia

Itinerary

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk urusan daftar masuk sebelum menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang, Indonesia. Setibanya di sana, peserta akan disambut oleh wakil pemandu pelancong tempatan. Perjalanan diteruskan menuju ke Bukit Tinggi melalui Lembah Anai dengan hentian ringkas di Air Terjun Anai untuk bergambar dan menikmati keindahan alam semula jadi. Seterusnya, peserta akan dibawa melawat ke Perkampungan Minangkabau bagi melihat sendiri budaya dan seni bina tradisional masyarakat Minangkabau. Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, perjalanan diteruskan dengan hentian di Pandai Sikek, sebuah kampung yang terkenal dengan hasil tenunan tangan dan ukiran kayu. Tiba di Bukit Tinggi, peserta akan mendaftar masuk ke hotel untuk berehat sebelum menikmati makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Bukit Tinggi. 

Day 2
B / L / D

Selepas menikmati sarapan pagi di hotel, peserta akan memulakan lawatan sekitar bandar Bukit Tinggi dengan melawat Ngarai Sianok (Grand Sianok Canyon), yang terkenal dengan pemandangan semula jadi yang menakjubkan. Seterusnya, peserta akan dibawa ke Terowong Jepun (Japanese Tunnel) untuk menyelami sejarah peninggalan era penjajahan Jepun. Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, perjalanan diteruskan ke Tasik Maninjau, salah satu tasik yang tercantik di Sumatera Barat. Dalam perjalanan, peserta akan singgah di Sungai Batang untuk melawat Rumah Kelahiran Buya Hamka, tokoh ulama dan sasterawan tersohor. Selesai lawatan, peserta kembali semula ke Bukit Tinggi dan diberi masa untuk acara bebas membeli-belah di Pasar Atas, pusat beli-belah utama yang terkenal dengan barangan kraftangan dan cenderamata. Makan malam disediakan di restoran tempatan. Bermalam di Bukit Tinggi. 

Day 3
B / L / D

Sarapan pagi disediakan di hotel sebelum bertolak menuju ke kawasan Tanah Datar bagi meneruskan Lawatan Minangkabau. Destinasi pertama ialah Batusangkar, di mana peserta akan melawat Tabek Patah, sebuah kawasan perkampungan yang terkenal dengan penghasilan kopi tradisional dan pisang salai. Selepas makan tengah hari, peserta akan dibawa melawat ke Istana Raja Pagaruyung, istana tradisional Minangkabau yang tersergam indah dan sarat dengan nilai sejarah. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Padang melalui Tasik Singkarak, tasik air tawar kedua terbesar di Sumatera. Setibanya di Padang, peserta akan dibawa melawat sekitar bandar termasuk China Town, Jambatan Siti Nurbaya, serta diberi masa untuk acara membeli-belah. Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel. Bermalam di Padang. 

Day 4
M

Selepas menikmati sarapan pagi dan mendaftar keluar dari hotel, peserta akan dibawa terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau untuk urusan daftar masuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan ini diakhiri dengan kenangan manis dan pengalaman berharga di bumi Minangkabau, Indonesia.

Note: The itinerary provided is for reference only. We reserve the right to change, alter, or modify the schedule, activities, weather considerations, and traffic arrangements as necessary. Actual arrangements may vary based on availability and other factors, with equivalent or similar alternatives provided to ensure a seamless experience.

Price per person

DateAdultAdult (single room)ChildrenChildren without bedInfantAvailability
15 May 2026RM 1,780RM 2,280RM 1,580RM 1,580RM 400
28 May 2026RM 1,780RM 2,280RM 1,580RM 1,580RM 400

Package includes

  • Tiket penerbangan antarabangsa pergi & balik beserta cukai lapangan terbang (Kelas Ekonomi)

  • Hidangan makanan seperti dalam aturcara

  • Pengangkutan sepanjang lawatan

  • 3 malam penginapan

  • Tiket masuk lawatan seperti dalam aturcara

  • Perkhidmatan Ketua Rombongan

  • 20KG Bagasi daftar masuk

  • 7KG bagasi kabin

  • Aktiviti seperti dalam itinerari

  • Air mineral dalam bas

Package excludes

  • Perbelanjaan peribadi

  • Perbelanjaan peribadi seperti telefon, faks, mini bar, dobi dan lain-lain.

  • Tipping RM80/seorang

  • Makanan dalam penerbangan

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan dalam aturcara

  • Aktiviti/lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program

  • Insurans

Carriers

DepartureArrivalModeTimeDay
DepartureArrival
Kuala LumpurPadangAir Asia11:1511:251
PadangKuala LumpurAir Asia11:5013:554

Note: Flight details shown are for reference only. Actual or similar flights may be provided based on availability.

Similar packages

Instant confirmation
Company
Legal
© 2026 Al Masyhur International Travel & Tours Sdn Bhd (251186-K) - All rights reserved