Photo of
Photo of
Photo of
Photo of
Photo of
Photo of
Photo of

8H6M Kashmir, Agra & Delhi Winter, India

Nikmati keindahan Kashmir, Taj Mahal, sejarah Mughal, pemandangan panoramik Himalaya, rumah bot Tasik Dal, Gulmarg Gondola dan pengalaman budaya India yang unik.

Airline
Malaysia Airlines

Itinerary

Day 1
M

Peserta berkumpul di KLIA/KLIA2 untuk penerbangan menuju Delhi. Setibanya di Delhi, peserta terus dibawa ke hotel untuk berehat dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu. Bermalam di Delhi

Day 2
B / L / D

Peserta meneruskan penerbangan domestik ke Srinagar, terletak di lembah Kashmir yang indah. Setibanya, peserta akan dibawa melawat dua Mughal Gardens yang terkenal, iaitu Nishat Bagh dan Shalimar Bagh, yang dibina pada zaman Empayar Mughal. Peserta dapat menyaksikan keindahan lanskap bertingkat, pokok-pokok Chinar berwarna-warni dan seni bina taman yang unik. Seterusnya, peserta berpeluang melihat proses pembuatan karpet Kashmir di Carpet Weaving Factory sebelum menikmati pengalaman menginap di Houseboat yang eksklusif di Dal Lake. 

Day 3
B / L / D

Peserta akan dibawa ke Sonamarg, sebuah perkampungan bersejarah yang menjadi pintu laluan Silk Road. Dengan panorama gunung Kashmir Valley, peserta dapat menikmati pemandangan Machoi Glacier, Sirbal Peak dan Kolahoi Peak. Bagi yang ingin merasai pengalaman luar biasa, peserta boleh menunggang kuda sehingga ke Thajiwas Glacier (kos tambahan). Bermalam di Srinagar

Day 4
B / L / D

Hari ini peserta dibawa ke Gulmarg, dikenali sebagai Meadow of Flowers. Dengan menaiki Gulmarg Gondola, peserta dapat menikmati pemandangan menakjubkan pergunungan Himalaya dari ketinggian 3,950 meter. Selain itu, peserta akan melihat Igloo Cafe, Maharani Temple dan Maharaja Palace yang sarat dengan sejarah Empayar Mughal. Bermalam di Srinagar

Day 5
B / L / D

Peserta akan merasai pengalaman unik menaiki Shikara Ride menyusuri Dal Lake, mengambil gambar rumah terapung yang unik serta taman dan kebun sayur terapung. Selepas itu, peserta terbang kembali ke Delhi dan menaiki bas persiaran menuju Agra untuk bermalam. 

Day 6
B / L / D

Peserta akan dibawa melawat Taj Mahal, keajaiban dunia yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai tanda cinta kepada isterinya. Peserta juga akan meneroka Agra Fort, kota pertahanan yang megah dengan lebih 500 bangunan bersejarah. Selepas lawatan, peserta bertolak kembali ke Delhi untuk bermalam. 

Day 7
B / L / D

Hari terakhir, peserta akan menikmati lawatan panorama di Delhi termasuk India Gate, Raj Ghat, Jama Masjid, Qutub Minar serta bas panorama melepasi Red Fort, President’s Palace dan Parliament House. Selepas itu, peserta akan menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Day 8
M

Tiba di KLIA/KLIA2 dengan penuh kenangan indah sepanjang pengembaraan di India.  

Note: The itinerary provided is for reference only. We reserve the right to change, alter, or modify the schedule, activities, weather considerations, and traffic arrangements as necessary. Actual arrangements may vary based on availability and other factors, with equivalent or similar alternatives provided to ensure a seamless experience.

Price per person

DateAdultAdult (single room)ChildrenChildren without bedInfantAvailability
22 Dec 2026RM 5,490RM 6,290RM 5,311RM 5,031RM 600

Package includes

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan

  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar

  • Penginapan beserta sarapan pagi setiap hari

  • Tiket masuk lawatan seperti dalam aturcara

  • Pengangkutan sepanjang lawatan

  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

  • Aktiviti seperti dalam itinerari

  • Hidangan makanan dalam penerbangan (Halal)

  • 20KG Bagasi daftar masuk

  • 7KG bagasi kabin

Package excludes

  • Travel Insurance

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan,puncak dan cuti sekolah

  • Servis tambahan di hotel seperti snek,mini bar,dobi dan porter

  • Makan minum,tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan dalam aturcara program dan pakej termasuk

  • Perbelanjaan peribadi

  • Aktiviti/lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program

Carriers

DepartureArrivalModeTimeDay
DepartureArrival
Kuala LumpurDelhiMalaysia Airlines18:5021:501
DelhiKuala LumpurMalaysia Airlines23:0006:557
Kuala LumpurDelhiAirAsia x19:0022:051
DelhiKuala LumpurAirAsia X23:2007:407

Note: Flight details shown are for reference only. Actual or similar flights may be provided based on availability.

Similar packages

Instant confirmation
Company
Legal
© 2026 Al Masyhur International Travel & Tours Sdn Bhd (251186-K) - All rights reserved