6D5N Osaka & Kyoto & Shirakawa-Go & Kanazawa
Explore Japan’s cultural gems, from Osaka Castle and Nara Park to Kyoto’s Fushimi Inari Shrine. Visit Shirakawa-go, Takayama, and Kanazawa,
Itinerary
Arrive at Kansai International Airport (KIX) and begin your journey in Osaka, Japan's vibrant and food-loving metropolis. Start your exploration at Osaka Castle, a majestic landmark known for its towering walls, lush gardens, and historical significance as a symbol of the unification of Japan during the 16th century. Then, head to Nara Park, home to hundreds of freely roaming deer that bow for treats and the stunning Todai-ji Temple, which houses the Great Buddha statue. In the evening, dive into the bustling shopping and entertainment hub of Shinsaibashi, where neon lights, high-end boutiques, and delicious street food make for an unforgettable experience.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIX) dan mulakan perjalanan anda di Osaka, sebuah bandar yang meriah dan terkenal dengan keunikan gastronominya. Lawatan pertama ialah ke Istana Osaka, mercu tanda megah yang terkenal dengan temboknya yang tinggi, taman yang subur, serta kepentingan sejarahnya sebagai simbol penyatuan Jepun pada abad ke-16. Kemudian, menuju ke Taman Nara, rumah kepada ratusan rusa jinak yang terkenal dengan keunikan mereka yang membongkok untuk menerima makanan. Di sini juga terletaknya Kuil Todai-ji, yang menempatkan Patung Buddha Besar yang mengagumkan. Pada waktu malam, terokai Shinsaibashi, kawasan membeli-belah dan hiburan yang sibuk, di mana lampu neon, butik mewah, serta makanan jalanan yang lazat menjadikan pengalaman ini tidak dapat dilupakan.
Take a day trip to Kyoto, the heart of Japan’s cultural heritage. Begin at Heian Shrine, a stunning Shinto shrine known for its large torii gate and scenic gardens. Next, visit the famous Fushimi Inari-Taisha Shrine, famous for its thousands of vermillion torii gates winding through the forested hills. Continue to Kiyomizu-dera Temple, an iconic Buddhist temple with a breathtaking wooden stage offering panoramic views of Kyoto. Conclude your day with a stroll through Sannenzaka and Ninenzaka, two charming historic streets lined with traditional tea houses, souvenir shops, and picturesque Kyoto-style architecture.
Luangkan sehari di Kyoto, pusat warisan budaya Jepun. Mulakan lawatan di Kuil Heian, sebuah kuil Shinto yang indah dengan torii (gerbang tradisional) yang besar serta taman yang menawan. Seterusnya, lawati Kuil Fushimi Inari-Taisha, yang terkenal dengan ribuan gerbang torii berwarna jingga yang membentuk laluan indah melalui kawasan berbukit yang dihutan. Kemudian, kunjungi Kuil Kiyomizu-dera, sebuah kuil Buddha ikonik dengan pentas kayu yang menawarkan pemandangan panoramik kota Kyoto. Akhiri hari dengan berjalan-jalan di Sannenzaka dan Ninenzaka, dua jalan bersejarah yang dipenuhi rumah teh tradisional, kedai cenderamata, dan seni bina Kyoto yang klasik.
Travel to the stunning Shirakawa-go, a UNESCO World Heritage Site famed for its Gassho-Zukuri farmhouses with steep thatched roofs designed to withstand heavy snowfall. Explore this picturesque village, where time seems to stand still. Then, journey to Takayama, a city known for its well-preserved Edo-period streets in Sanmachi Suji, featuring traditional merchant houses, sake breweries, and quaint cafes. After a fulfilling day of cultural immersion, relax in a soothing Onsen Hotel, experiencing the ultimate Japanese-style accommodation.
Bertolak ke Shirakawa-go, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan rumah ladang Gassho-Zukuri, yang mempunyai bumbung jerami curam untuk menahan salji tebal. Nikmati keunikan perkampungan ini yang seolah-olah membeku dalam masa. Kemudian, lawati Takayama, sebuah bandar yang terkenal dengan jalanan era Edo yang terpelihara di Sanmachi Suji, menampilkan rumah pedagang tradisional, kilang pembuatan sake, serta kafe yang unik. Selepas seharian menikmati budaya dan warisan Jepun, berehat di hotel onsen, pengalaman penginapan gaya Jepun yang menenangkan.
Begin the day in Kanazawa, a city rich in history and samurai heritage. Start at Omicho Market, a lively seafood and produce market where you can sample fresh sushi and local specialties. Visit Kanazawa Castle, an impressive fortress with elegant white walls and a fascinating history linked to the powerful Maeda clan. Stroll through Kenrokuen Garden, one of Japan’s most beautiful landscape gardens, featuring serene ponds, stone lanterns, and seasonal floral displays. In the evening, return to Osaka for a relaxing night.
Mulakan hari di Kanazawa, sebuah bandar kaya dengan sejarah samurai. Lawati Pasar Omicho, pasar makanan laut dan hasil segar yang meriah, di mana anda boleh mencuba sushi segar serta makanan tempatan yang istimewa. Seterusnya, kunjungi Istana Kanazawa, sebuah kubu pertahanan yang mengagumkan dengan tembok putih elegan serta sejarah menarik yang berkaitan dengan klan Maeda yang berkuasa. Jangan lepaskan peluang untuk bersiar-siar di Taman Kenrokuen, salah satu taman landskap tercantik di Jepun, yang menampilkan kolam yang tenang, tanglung batu, serta bunga mengikut musim. Pada waktu petang, kembali ke Osaka untuk berehat dan menikmati malam yang santai.
Enjoy a free day in Osaka, where you can explore the city at your own pace. Visit the futuristic Umeda Sky Building for breathtaking views, shop in the lively Dotonbori district, or savor delicious local specialties such as takoyaki and okonomiyaki. For thrill-seekers, an optional trip to Universal Studios Japan is available (additional charge applies), where you can immerse yourself in movie-themed attractions, including The Wizarding World of Harry Potter, Super Nintendo World, and exciting roller coasters.
Nikmati hari bebas di Osaka, di mana anda boleh meneroka bandar mengikut rentak sendiri. Kunjungi Bangunan Umeda Sky untuk pemandangan menakjubkan, membeli-belah di kawasan sibuk Dotonbori, atau mencuba makanan istimewa Osaka seperti takoyaki dan okonomiyaki. Bagi yang gemarkan keseronokan, pilihan lawatan ke Universal Studios Japan tersedia (caj tambahan dikenakan), di mana anda boleh merasai keseronokan taman tema filem termasuk The Wizarding World of Harry Potter, Super Nintendo World, serta pelbagai roller coaster yang mendebarkan.
After breakfast, take some time for last-minute shopping or a peaceful morning walk before checking out from your hotel by 11 AM. Transfer to Kansai International Airport for your flight home, bringing with you unforgettable memories of Japan’s cultural treasures and scenic wonders.
Selepas sarapan, luangkan masa untuk membeli-belah saat akhir atau berjalan santai sebelum mendaftar keluar dari hotel sebelum jam 11 pagi. Kemudian, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai untuk penerbangan pulang, membawa bersama kenangan indah tentang keunikan budaya dan keindahan pemandangan Jepun.
Note: The itinerary provided is for reference only. We reserve the right to change, alter, or modify the schedule, activities, weather considerations, and traffic arrangements as necessary. Actual arrangements may vary based on availability and other factors, with equivalent or similar alternatives provided to ensure a seamless experience.
Price per person
Min | Tourist | Deluxe | Luxury |
---|---|---|---|
2 | RM 5,995 | RM 6,600 | RM 8,272 |
4 | RM 4,345 | RM 4,950 | RM 6,622 |
Package includes
Package excludes
Accommodation

Osaka
Route Inn Grantia

Osaka
Hotel Claiton Shin
Osaka
Relief Namba Hotel

Takayama
Okada Ryokan Warakutei

Takayama
Hodakaso Sanganoyu

Osaka
Hilton Hotel
Note: Accommodation shown is for reference only. Actual or similar accommodation may be provided based on availability.