Photo of
Photo of
Photo of
Photo of
Photo of
Photo of
Photo of
Photo of
Photo of
Photo of

4D3N Palestine & Jordan (1N Jerusalem & 2N Amman)

Explore Jerusalem, Bethlehem, Hebron, and Amman, visiting sacred sites like Al-Aqsa Mosque, Mount of Olives, Dead Sea, and Nabi Musa.

Itinerary

Day 1
D

Upon arrival at Queen Alia International Airport, Amman, you will be warmly greeted by our representative, who will assist you through immigration and customs. We begin our journey with a Panoramic City Tour of Amman, the vibrant capital of Jordan, renowned for its rich history and modern charm. We will explore Downtown Amman, the city's historic heart, where you can witness the blend of old and new. Strolling through its lively streets, you will see bustling souks, Roman ruins, and cultural landmarks. Afterward, we transfer to the hotel in Amman for dinner and an overnight stay.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman, anda akan disambut mesra oleh wakil kami yang akan membantu anda melalui proses imigresen dan kastam. Perjalanan kita bermula dengan Lawatan Panorama Bandar Amman, ibu negara Jordan yang terkenal dengan sejarah yang kaya dan daya tarikan moden.


Kami akan meneroka Pusat Bandar Amman, jantung bersejarah kota ini, di mana anda dapat melihat gabungan keunikan lama dan baharu. Sambil berjalan di sepanjang jalan-jalan yang sibuk, anda akan menemui pasar tradisional, runtuhan Rom, serta mercu tanda budaya. Seterusnya, kita akan bertolak ke hotel di Amman untuk makan malam dan bermalam.

Day 2
B / L / D

After breakfast, we head to Allenby Bridge to cross the border into Palestine. Our first destination is Jericho, one of the world’s oldest continuously inhabited cities, located near the Jordan River in the West Bank. Jericho is famous for its biblical and archaeological significance, dating back thousands of years. After exploring the area, we enjoy a delicious lunch before continuing our journey.


Next, we visit Makam Nabi Musa, the traditional site believed to be the tomb of Prophet Moses (peace be upon him). We then proceed to the Mount of Olives, a sacred mountain ridge east of Jerusalem’s Old City, historically covered in olive groves. This location offers breathtaking panoramic views of Jerusalem and holds religious significance in Islamic, Christian, and Jewish traditions.


We continue our spiritual journey with visits to Makam Rab’a Adaweyah, a revered Sufi saint known for her devotion, and Makam Soliman Al-Farisi, a prominent companion of the Prophet Muhammad (peace be upon him). After an enriching day, we return to our hotel in Jerusalem for dinner and an overnight stay.

Selepas sarapan, kita akan bergerak ke Jambatan Allenby untuk menyeberangi sempadan ke Palestin. Destinasi pertama kita ialah Jericho, salah satu bandar tertua di dunia yang masih dihuni, terletak berhampiran Sungai Jordan di Tebing Barat. Jericho terkenal dengan kepentingan sejarah dan arkeologinya yang berusia ribuan tahun. Selepas meneroka kawasan ini, kita akan menikmati makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan.


Seterusnya, kita akan melawat Makam Nabi Musa, yang dipercayai sebagai tempat persemadian Nabi Musa A.S. Perjalanan diteruskan ke Bukit Zaitun, sebuah kawasan suci yang terletak di sebelah timur Kota Lama Baitulmaqdis, yang dahulunya dipenuhi dengan pokok zaitun. Dari sini, anda dapat menikmati pemandangan panorama yang menakjubkan serta merasai keunikan sejarah dan keagamaan tempat ini.


Kita akan meneruskan perjalanan rohani dengan lawatan ke Makam Rab’a Adaweyah, seorang wali sufi yang terkenal dengan ketakwaannya, serta Makam Soliman Al-Farisi, seorang sahabat Rasulullah SAW yang dihormati. Selepas seharian yang penuh bermakna, kita akan kembali ke hotel di Baitulmaqdis untuk makan malam dan bermalam.

Day 3
B / L / D

After breakfast, we embark on a full-day exploration of Jerusalem’s Old City, a UNESCO World Heritage Site. This ancient area, enclosed by historic walls, holds immense religious significance. Our tour includes visits to the Dome of the Rock, one of Islam’s holiest sites, with its iconic golden dome, and Al-Aqsa Mosque, the third holiest mosque in Islam, where Prophet Muhammad (peace be upon him) ascended to the heavens during Isra and Mi’raj.


We then explore Jerusalem’s Old Markets, where the streets are lined with vendors selling spices, textiles, and souvenirs. A visit to Omar Mosque, built by Caliph Omar Ibn Al-Khattab near the Church of the Holy Sepulchre, highlights the city’s history of religious harmony.


After an insightful day, we return to Amman, crossing the border once again. Upon arrival, we check into our hotel for dinner and an overnight stay.

Selepas sarapan, kita akan memulakan lawatan sehari penuh ke Kota Lama Baitulmaqdis, yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kota lama ini, yang dikelilingi tembok bersejarah, mempunyai kepentingan yang tinggi bagi pelbagai agama.


Lawatan kita termasuk Kubah Batu, salah satu lokasi paling suci dalam Islam yang terkenal dengan kubah emasnya yang ikonik, serta Masjid Al-Aqsa, masjid ketiga paling suci dalam Islam, tempat Rasulullah SAW mengalami peristiwa Isra’ dan Mi’raj.


Kita juga akan melawat Pasar Lama Baitulmaqdis, di mana jalan-jalan dipenuhi dengan pelbagai gerai yang menjual rempah-ratus, tekstil, dan cenderamata. Seterusnya, kita akan ke Masjid Omar, yang dibina oleh Khalifah Omar Ibn Al-Khattab berdekatan dengan Gereja Makam Suci, melambangkan keharmonian antara agama.


Selepas lawatan yang penuh makna, kita akan kembali ke Amman dengan menyeberangi semula sempadan. Setelah tiba, daftar masuk hotel untuk makan malam dan bermalam.

Day 4
B

After breakfast, we visit As-Hab Al-Kahf, also known as the Cave of the Seven Sleepers. This sacred site is where a group of pious youths sought refuge from a tyrannical ruler, as mentioned in Surah Al-Kahf in the Holy Quran. Miraculously, they slept for 309 years, and their story is a testament to faith and divine protection. The cave is located in Abu Alanda, a suburb of Amman.


Next, we journey to the Dead Sea, the lowest point on Earth at over 400 meters below sea level. This extraordinary salt lake is famous for its therapeutic properties, allowing visitors to float effortlessly due to its high salt concentration. The mineral-rich black mud found along the shores is widely used for skin treatments and wellness therapies.


Our final stop is Makam Prophet Sho’ayb (Jethro), an important Islamic site dedicated to Prophet Sho’ayb (peace be upon him), who is known as the father-in-law of Prophet Musa (Moses).


After an incredible journey through Jordan and Jerusalem, we transfer to Queen Alia International Airport. Our company representative will assist you with departure procedures, ensuring a smooth and hassle-free journey home.

Selepas sarapan, kita akan melawat As-Hab Al-Kahf, yang juga dikenali sebagai Gua Tujuh Pemuda. Tempat ini berkaitan dengan kisah sekumpulan pemuda beriman yang mencari perlindungan daripada pemerintah yang zalim, seperti yang disebut dalam Surah Al-Kahf dalam Al-Quran. Dengan kuasa Allah, mereka tertidur selama 309 tahun, menjadikan kisah ini sebagai bukti keimanan dan perlindungan Ilahi. Gua ini terletak di Abu Alanda, sebuah kawasan di Amman.


Seterusnya, kita akan menuju ke Laut Mati, titik terendah di permukaan bumi dengan ketinggian lebih 400 meter di bawah paras laut. Tasik masin yang unik ini terkenal dengan sifat terapeutiknya, membolehkan pengunjung terapung dengan mudah kerana kandungan garamnya yang tinggi. Lumpur hitam yang kaya dengan mineral di sepanjang pantai digunakan secara meluas untuk rawatan kulit dan terapi kesihatan.


Destinasi terakhir kita ialah Makam Nabi Syuaib (Jethro), sebuah lokasi suci dalam Islam yang dikaitkan dengan Nabi Syuaib A.S., yang juga dikenali sebagai bapa mertua Nabi Musa A.S.


Selepas perjalanan yang menakjubkan di Jordan dan Baitulmaqdis, kita akan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia. Wakil syarikat kami akan membantu dengan urusan pelepasan bagi memastikan perjalanan pulang yang lancar dan selesa.

Note: The itinerary provided is for reference only. We reserve the right to change, alter, or modify the schedule, activities, weather considerations, and traffic arrangements as necessary. Actual arrangements may vary based on availability and other factors, with equivalent or similar alternatives provided to ensure a seamless experience.

Price per person

MinTouristDeluxe
5RM 4,777RM 5,005
6RM 4,307RM 4,534
8RM 3,717RM 3,945
10RM 3,236RM 3,464
15RM 3,014RM 3,242
20RM 2,719RM 2,947
25RM 2,538RM 2,766
30RM 2,507RM 2,735
35RM 2,409RM 2,637
40RM 2,337RM 2,564
45RM 2,290RM 2,518

Package includes

  • Accommodation with breakfast every day

  • Food dishes as in the program (halal)

  • Driver as a tour guide

  • Tourist guide: Speak English (min 10+ participants)

  • Transportation during the visit

  • Visa Application

  • Mineral water throughout the visit

Package excludes

  • International flight tickets go back and forth with airport tax (economic class)

  • Beverages (Drinks) during meals

  • Personal expenses and other services not specified

  • Personal charges at the accommodation (phone call, mini bar, laundry and others

  • Personal Travel Insurance (from RM25/day)

  • Tipping for Guide / Driver (9 pax & below - 12 USD/Day/pax) | (Above 10 pax - 7 USD/Day/pax)

Similar packages

Instant confirmation
Company
Legal
© 2025 Al Masyhur International Travel & Tours Sdn Bhd (251186-K) - All rights reserved